Ayob Khan Pengarah Baharu JSJ Mulai 16 April

29 Mar 2023 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ayob Khan akan menggantikan Datuk Seri Abd Jalil Hassan yang akan bersara wajib dalam tempoh terdekat ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baharu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan malam tadi berkata pelantikan berkenaan berkuat kuasa pada 16 April ini.

Pelantikan Ayob Khan sebagai Pengarah JSJ yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Abd Jalil Hassan yang akan bersara wajib dalam tempoh terdekat ini.

Terdahulu, Ayob Khan, 57, menjadi Pengarah JSJN pada 25 Disember 2021 selepas menyandang jawatan Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020.

Beliau sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman. - Bernama