Ayob kKan: Tiada laporan babitkan isu 3R dikesan sepanjang PRN

12 Aug 2023 • 12:47 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang laporan diterima setakat ini membabitkan isu agama, raja dan kaum (3R) sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata kesalahan paling banyak dikesan di sepanjang PRN ini adalah membabitkan kesalahan khianat.

“PDRM paling banyak terima laporan khianat seperti kerosakan poster, fitnah, persembahan kilat berkumpulan (flash mob) atau perhimpunan tanpa permit.

“Sebanyak 131 kertas siasatan pelbagai kesalahan PRN dibuka di enam negeri dan 1,770 laporan polis diterima sehingga malam tadi,” katanya dalam sidang media khas selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Klang Gate di sini hari ini.

Ayob Khan berkata setakat ini proses pengundian di enam negeri terkawal dan tiada sebarang insiden berlaku.

“Orang ramai diminta keluar mengundi awal hari ini kerana cuaca tidak menentu, selain mengelakkan kesesakan trafik serta diminta mematuhi arahan polis yang bertugas di pusat-pusat pengundian,” katanya. -Bernama