Ayuh Kita Bekerjasama Untuk Melindungi Alam Sekitar - Anwar Ibrahim Ucap Selamat Datang Kepada Coldplay 

Music
10 May 2023 • 9:26 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar merakamkan ucapan selamat datang kepada Coldplay menerusi akaun media sosial beliau. - Tangkap layar dari video di Facebook Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi akuan rasmi media sosial beliau telah mengucapkan selamat datang kepada kumpulan muzik antrabangsa, Coldplay sempena konsert sulung mereka di Kuala Lumpur pada November ini.

Perdana Menteri memberikan ucapan berkenaan kepada kumpulan muzik terkenal dunia, Coldplay menerusi hantarannya di akaun media sosial, semalam.

image is not available
Tiket untuk konsert Coldplay ini akan mula dijual pada 17 Mei ini.

Coldplay bakal mengadakan konsert sulung mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November depan. 

“Coldplay, selamat datang ke Malaysia. Ayuh kita bekerjasama untuk melindungi alam sekitar dan pastikan dunia selamat,” katanya dalam video ucapan yang dimuatnaik di akaun Facebook, Instagram dan Twitter.

Pada 2021, Coldplay pernah menaja ‘watercraft’ untuk membersihkan sampah daripada sungai di Sungai Klang.

Sementara itu, netizen kelihatan sangat teruja dengan kehadiran Coldplay ke Malaysia kerana sudah lama menantikan kunjungan kumpulan yang popular dengan lagu Yellow ini.

Menerusi komen balas yang ditinggalkan untuk Anwar, rata-rata netizen memohon agar 'harga Rahmah' diperkenalkan untuk tiket konsert ini. 

image is not available
Kumpulan Coldplay - Gambar AFP

Bahkan, ada juga yang sudah mula request artis-artis antarabangsa kegemaran mereka yang lain. Antara yang paling banyak diminta oleh netizen ialah Taylor Swift dan The Weeknd. 

Kumpulan Coldplay yang berasal dari London ini mula ditubuhkan pada tahun 1997 dan dianggotai oleh empat ahli iaitu Chris Martin (vokalis), Jonny Buckland (gitaris), Guy Berryman (bass), dan Will Champion (pemain dram). 

Sepanjang penubuhan, mereka telah menghasilkan sembilan buah album dan telah membuat siri konsert jelajah dunia sebanyak lapan kali. 

Tiket untuk konsert Coldplay ini akan mula dijual pada 17 Mei 2023. Manakala untuk pemegang kad CIMB pula, boleh mula membeli pada 16 Mei 2023. – Getaran, 10 Mei 2023.