Bekalan roti Gardenia seperti biasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan

24 Mar 2020 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd terus membekalkan roti keluarannya ke pasar raya dan kedai seperti biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengeluar roti terkemuka itu dalam satu kenyataan hari ini menggesa pengguna supaya bertenang dan membeli mengikut keperluan dan pengambilan seharian mereka.

“Gardenia bersama-sama anda dalam keadaan ini dan yakinlah kami sedang berusaha, beroperasi 24/7 untuk meningkatkan pengeluaran kami bagi memenuhi keperluan pengguna.

"Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan anda semua. Untuk maklumat lanjut sila e-mel kami di [email protected]," katanya.

Pengeluar roti itu mendedahkan dalam halaman Facebooknya semalam bahawa ia tidak akan dapat meningkatkan bekalan produknya dalam pasaran.

Dalam satu kenyataan ringkas di dalam ruangan komen halaman Facebooknya semalam, Gardenia berkata, ini adalah kerana semua kilangnya sudahpun mencecah nilai ambang maksimum pengeluaran.

Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai serbaneka di sekitar bandar raya mendapati bukan Gardenia sahaja malah jenama lain turut laris jualannya sejak pelaksanaan PKP. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved