Azal Pun Turun Mengundi Di PRU-15, Jadi Perhatian Netizen 

Politics
19 Nov 2022 • 10:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Azal (kiri) bertemu Joe Flizzow, yang mengundi di pusat mengundi yang sama.

Anak kepada pelakon popular, Zarina Zainuddin iaitu Azal turut tidak mahu melepaskan peluang menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan pergi mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menerusi hantaran yang dibuat oleh aktres itu, Zarina telah berkongsi sebuah video di mana dia dan anaknya mengundi hari ini.

Malah, mereka telah bertemu dengan penyanyi hip hop terkenal iaitu Joe Flizzow yang mengundi di pusat mengundi yang sama.

"Alhamdulillah, kami dah mengundi. Pastikan pilihan yang bijak," tulis Zarina di bahagian kapsyen.

Ramai netizen yang memuji Azal, kerana tidak mahu ketinggalan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

image is not available

Azal telah buktikan biarpun dia merupakan penghidap Autisme, namun perkara itu tidak menghalangnya dari menunaikan kewajipan terhadap negara. 

Tahniah diucapkan kepada Azal dan Zarina kerana telah sama-sama turun mengundi di PRU-15. - Getaran, 19 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved