Azalina jelas 4 fungsi Suruhanjaya Kanak-kanak

LocalPolitics
19 Jan 2023 • 1:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Suruhanjaya Kanak-kanak akan melaksanakan empat fungsi bagi melindungi dan memelihara kebajikan golongan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Azalina berkata, antara lain, suruhanjaya itu akan berfungsi mempromosi kesedaran dan pendidikan terhadap hak kanak-kanak kepada kerajaan dan orang awam; menasihati dan membantu kerajaan dalam menggubal perundangan, arahan pentadbiran dan prosedur; serta mengesyorkan tindakan-tindakan yang perlu diambil.

“(Suruhanjaya itu juga berfungsi) menasihati kerajaan berhubung obligasi antarabangsa di bawah Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan lain-lain perjanjian antarabangsa yang berkaitan.

“…(serta) mengadakan inkuiri dan menjalankan penyiasatan terhadap aduan mengenai pelanggaran hak kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan.

Azalina berkata, pesuruhjaya kanak-kanak yang dilantik akan menerajui proses penubuhan suruhanjaya tersebut melalui penggubalan akta yang khusus.

“Pengumuman Pesuruhjaya Kanak-kanak tersebut akan dilakukan selepas mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong sejajar dengan Seksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999,” katanya.

Pada sidang media semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Jemaah Menteri setuju menubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Pada 9 Jan, Azalina mencadangkan satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menjaga hak dan kesejahteraan kanak-kanak.

Katanya, suruhanjaya bebas akan mempunyai lebih kuasa dan autonomi, dan boleh bertindak sebagai badan penyelia mengenai perkara berkaitan pendidikan, hak dan jenayah terhadap kanak-kanak.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved