Azalina Sah Letak Jawatan, Bercuti Hingga Akhir September

Politics
1 Sep 2022 • 6:42 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Azalina Othman - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Azalina Othman Said sah meletakkan jawatan sebagai Penasihat Khas Kepada YAB Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, surat peletakan jawatan Azalina telah diterima pada 29 Ogos lalu.

Ismail Sabri berkata, beliau menerima peletakan jawatan tersebut dengan notis sebulan, seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.

“Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, Datuk Seri Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga tamat notis pada akhir September.

“Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat,” katanya. - Getaran, 1 September 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved