Azam 2024 artis Sabah

Music
3 Jan 2024 • 1:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KITA sudah pun mula melayari 2024. Memasuki tahun baharu juga bermakna tiba masanya untuk membuka ‘buku’ baharu dalam kehidupan dengan azam baharu.

Selepas menoktahkan 2023 dengan perjalanan seni menakjubkan, pemenang Persembahan Vokal Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23, Arddley Nicholas turut menanam azam baharu untuk kariernya pada 2024.

Tahun lalu, jadual seni Arddley padat dengan tawaran nyanyian, termasuk di pentas besar, antaranya, program Universiti Malaysia Sabah Masterclass: Inside The Music bersama Pengarah Muzik RTM Datuk Mokhzani Ismail, Konsert Andmesh Kamaleng ‘Cinta Luar Biasa’ di Kuala Lumpur, Festival Muzik ACG Borneo Matsuri dan sepentas bersama Anuar Zain pada Majlis Makan Malam Amal Ulang Tahun ke-50 Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah.

Untuk 2024, pelantun lagu Bintang Menemani Bulan ini, sebaliknya, memilih untuk mengurangkan persembahan pentas dan lebih fokus mencungkil lebih ramai bakat baharu.