Azam Baki beri bayangan kontrak tak disambung tahun hadapan

LocalPolitics
10 Dec 2025 • 7:06 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, memberi isyarat bahawa kontrak perkhidmatannya tidak akan disambung apabila tamat tahun hadapan.

Menurutnya, kontraknya telah disambung sebanyak tiga kali sebelum ini dan perkara itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan tertentu termasuk bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

“Insya-Allah tahun depan saya tamat perkhidmatan. Sudah tiga kali sambung. Orang pun sudah tidak suka dengan saya, Rafizi pun tak suka,” katanya.

Azam turut menegaskan bahawa isu penyambungan kontrak bukan keutamaannya. Sebaliknya, beliau mahu supaya agenda integriti dan tatakelola terus diperkukuhkan oleh sesiapa sahaja yang bakal menggantikannya.

“Tak apa, sesiapa pun ambil tempat saya, itu tak penting. Yang penting, teruskan agenda meningkatkan integriti dan menguatkuasakan undang-undang rasuah tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya.

Baca juga:

Sebelum ini, Rafizi Ramli meminta kepimpinan Pakatan Harapan agar tidak menyambung kontrak Azam. Rafizi berpendapat langkah itu penting bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap usaha membanteras rasuah, khususnya selepas kekalahan PH pada PRN Sabah ke-17.

Rafizi turut menyatakan bahawa prestasi reformasi kerajaan, termasuk usaha membersihkan negara daripada rasuah, menjadi faktor kepada kekalahan tersebut.