Azam Baki dedah RM20 juta dana bina lebuh raya mungkin diseleweng ke aktiviti judi

LocalPolitics
2 Jun 2025 • 6:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dedah bahawa dana sukuk berjumlah RM20 juta yang diperuntukkan untuk projek pembinaan lebuh raya, dipercayai telah diseleweng dan mungkin digunakan untuk aktiviti perjudian.

image is not available

Azam Baki dedah tentang kes projek pembinaan lebuh raya diseleweng

Memetik laporan daripada Berita Harian, beliau menyatakan siasatan SPRM mendapati kes berprofil tinggi itu membabitkan seorang tokoh bergelar Tan Sri yang turut dikaitkan dengan pelaburan meragukan dan berkemungkinan menjurus kepada aktiviti haram.

“Setakat ini, 45 saksi sudah dirakam percakapan dan kita masih menunggu untuk merakam percakapan Tan Sri yang kini difahamkan sedang dirawat di sebuah hospital swasta,” katanya.

image is not available

Azam Baki dedah tentang penyelewengan dana sukuk

Azam turut memaklumkan pihaknya kini sedang menjejaki aset yang dipercayai diperoleh hasil daripada penyelewengan dana sukuk tersebut, termasuk yang berada di luar negara.

Terdahulu, kediaman mewah milik Tan Sri terbabit telah diserbu oleh SPRM.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa menemui sebuah bilik simpanan arak pelbagai jenama mewah yang dibina khas dan lengkap dengan bar alkohol eksklusif.

image is not available

Artikel lain: Rampasan wang siasatan Ismail Sabri paling banyak saya pernah lihat – Azam Baki

Serbuan turut membabitkan enam hartanah mewah dan sebidang tanah lot, yang keseluruhannya dianggarkan bernilai kira-kira RM12 juta.

Selain itu, SPRM turut menemui beberapa ekor kuda bernilai ratusan ribu ringgit yang dipercayai dibeli menggunakan wang penyelewengan dana.

Kes ini sedang disiasat di bawah tuntutan palsu dan salah guna dana bon pinjaman untuk projek lebuh raya di Lembah Klang.

Sumber:

(Ilah Hafiz Aziz)