Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

3 Jul 2024 • 8:10 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
- Gambar fail

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyebaran tohmahan membabitkan seorang ketua pengarah sebuah jabatan penguat kuasa kepada beberapa agensi media dan agensi kerajaan dilakukan menerusi e-mel akaun palsu menggunakan nama Azam.

"SPRM menafikan maklumat tersebut mempunyai kaitan dengan ketua pesuruhjaya dan suruhanjaya ini.

"Oleh itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak sahih atau palsu," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved