Azam modenkan pembangunan, jadikan Selangor negeri pintar

3 Aug 2023 • 8:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 OGOS: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia berazam mahu memodenkan pembangunan Selangor sekiranya diberi mandat pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Dr Mohammad Fahmi Ngah yang juga pengarah urusan Institut Penyelidikan Selangor berkata beliau juga tekad ingin menjadikan negeri itu sebagai negeri pintar menjelang 2025.

“Kaedah moden itu sudah ada tetapi sekiranya kita boleh bawa masuk (lebih banyak kaedah moden) dan selesaikan banyak perkara mungkin ia lebih bermakna kepada rakyat.

“Kita juga tidak boleh lagi bergantung kepada hasil pertanian sepenuhnya memandangkan tanah tidak cukup, kita juga tiada minyak dan galian,” katanya menerusi wawancara bersama FMT baru-baru ini.

Dr Fahmi yang berkelulusan bidang doktor falsafah (PhD) Kejuruteraan Aeronautik dari Imperial College London turut menggesa anak muda rajin belajar dan menguasai bahasa Inggeris.

“Ada sebab kenapa Elon Musk (pengasas dan ketua pegawai eksekutif SpaceX) bertapak di Selangor sebab ada kemampuan intelektual.

“Untuk abad mendatang aset kita adalah kemampuan intelektual dan pembentukan kecerdasan buatan (AI), ini peluang baik untuk anak muda bekerja dan mendapat gaji tinggi.

“Sebab itu anak muda patut rajin belajar mulai sekarang dan kuasai bahasa Inggeris, ilmu sains serta bersedia apabila satu-satu pekerjaan tercipta mereka boleh masuk,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved