Azam tahun baru tercapai, Cik B akhirnya dapat kawan sekufu

LocalEntertainment
31 Jan 2025 • 12:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada usahawan sensasi Datin Seri Vida, Cik B akhirnya dapat kawan sekufu disamping meluahkan rasa gembira kerana salah satu azam tahun barunya tercapai.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamillen Muhammad Aiman berkongsi sedang keluar makan bersama tiga rakan baharunya iaitu penyanyi dan pelakon, Alyssa Dezek dan Ara Aziz dan anak kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra.

Cik B akhirnya dapat kawan sekufu

“Saya ada kawan sekufu dah sekarang. Kita ada Qadejah, anak Datuk Aliff Syukri, Alyssa Dezek dan kita ada Ara Aziz, ‘No Gadget, No Problem’.

“Jadi 2025, azam saya nak dapat kawan sekufu dan tercapai. Tapi sayangnya semua macam keanak-anakan,” katanya sambil berseloroh.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berseloroh dan berkata Cik B dan rakan-rakan baharunya itu terlalu kaya untuk orang biasa.

Cik B akhirnya dapat kawan sekufu, siapa yang bayar makan?

image is not available

Boleh join tak circle ni?

image is not available

Ni tak lepak kosong…

image is not available

Lawak orang kaya

image is not available

Menerusi tinjauan, rupanya keempat-empat remaja ini telah meluangkan masa bersama dan bercuti di Cappadocia, Turki dan video yang dimuat naik Cik B diambil semasa menunggu penerbangan pulang ke Malaysia.

Sementara itu, Ara Aziz turut berkongsi beberapa video memaparkan mereka sedang bersiar-siar di Cappadocia.

image is not available

Boleh join ke circle ni…..

Sumber: TikTok cikb_havoc