
PELAKON Azar Azmi menitiskan air mata menerima wang tunai berjumlah puluhan ribu ringgit daripada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Muncul dalam sesi live di TikTok Aliff Syukri, Azar tergamam menerima sejumlah wang yang banyak.
"Ya ALLAH, lailahaillallah, tebalnya," ujarnya sambil menyeka air mata.
Sementara itu, Aliff Syukri pula menegaskan bantuan yang diberikan adalah rezeki Azar hasil daripada jual produk dengan jumlah RM5 per item.
"Dia datang ke sini naik Perodua Viva dan tidak mahu buat live. Dia datang kerana diajak makan.

"Ini rezeki dia. Sebenarnya saya jemput untuk beri zakat atau pekerjaan," kongsinya.
Memetik Media Hiburan, jumlah keseluruhan diserahkan adalah RM40,000!
Dalam pada itu, menerusi siaran yang sama, Aliff Syukri berkongsi situasi sukar yang dilalui Azar.
"Sahabat awak memaklumkan kepada saya yang awak tiada tempat tinggal. Awak terpaksa mandi di stesen minyak. Dia memang tak ceritakan kepada saya apa-apa pun," kongsinya.
Figura yang turut dikenali sebagai Papa Terlajak Laris itu juga memberitahu tidak keberatan untuk mengambil Azar sebagai pekerjanya.
“Hari ini, saya ajak seorang wanita yang dahulunya terkenal bertemu, dia tak pernah dan tiada niat minta duit daripada saya.
“Mungkin selepas ini saya akan ambil dia bekerja sebagai kerani atau pembungkus barang di syarikat saya dengan gaji berjumlah RM2,000,” ujar lagi.

Terdahulu, Azar atau nama penuhnya Siti Azar Ameerah Azmi, 35, menjadi perhatian selepas suaminya terlibat dengan beberapa dakwaan penipuan.
Azar kini dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan.
Imbas kembali Mac lalu, suami Azar mengaku tidak bersalah membabitkan urusan penjualan tanah kurniaan tidak wujud membabitkan kerugian lebih RM200,000 tahun lalu.
Lelaki itu juga memperdaya individu berusia 56 tahun membuat pembayaran sebanyak RM270,811 tanah kurniaan negeri Selangor yang tidak wujud.
Dalam pada itu, bapa kepada sembilan cahaya mata itu juga turut mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli atas pertuduhan menipu individu berusia 49 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang tidak wujud.
Dia dikatakan merayu jaminan minimum kerana isterinya tidak bekerja dan perlu menanggung sembilan orang anak.
Sumber: Threads, TikTok 1, 2, 3, Instagram Media Hiburan






