Azhar Sulaiman bawa watak penagih dipuji nampak ‘real’

23 Feb 2024 • 4:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perkongsian pelakon senior, Azhar Sulaiman bawa watak penagih dipuji dalam kalangan netizen kerana lakonannya dianggap menjadi menerusi drama Hawt Fellas.

Menerusi sebuah video di laman Instagram, dia kelihatan seolah-olah tidak terurus dengan wajah cengkung serta keadaan fizikal yang kurus.

Azhar Sulaiman bawa watak penagih

Malah, pelakon berusia 52 tahun itu turut mengekspresikan tingkah laku yang dilihat tidak tentu arah atau gelisah kemungkinan hasil pengambilan bahan terlarang tersebut.

Berdasarkan tinjauan di platform X, rata-rata netizen mengakui Azhar berjaya membawa watak berkenaan dengan penuh penghayatan.

Ni gaya penagih

‘Real’ sungguh ni

Pada sama sama, rakan artis turut meninggalkan komen pujian menyifatkan pelakon filem Rompak itu serba boleh bagi memegang pelbagai watak dalam lakonan.

Suka!

image is not available

Kembali dalam karakter

image is not available

Bawa watak apa pun menjadi!

image is not available

Tidak dinafikan dari dulu sampai sekarang, lakonan beliau sentiasa mendapat tempat di hati penonton. Pelakon baharu perlu menuntut ilmu daripada Behar!

Sumber: Instagram Azhar Sulaiman, X Amran Fans

View Original Article