Azhar Sulaiman harap anak lelaki jadi imam solat jenazahnya nanti

LocalEntertainment
7 Aug 2024 • 2:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon terkenal, Azhar Sulaiman harap anak lelaki jadi imam solat jenazahnya nanti dan mahu dia bersedia dari sekarang dengan mempelajari perkara tersebut.

Nak ajar anak jadi imam

Menerusi posting yang dibuat oleh pelakon berkenaan, dia berharap agar anaknya, Andika Rees Pahamin, 22 menjadi imam solat jenazahnya jika dia meninggal dunia nanti.

image is not available

Azhar Sulaiman tak berkesempatan solat jenazah bapa sebab berada di luar negara

Azhar turut menyatakan bahawa ketika allahyarham bapanya meninggal dunia, dia tidak berkesempatan untuk melakukan kewajiban terbabit kerana berada di luar negara.

“Behar takde di Malaysia ketika arwah Bapak meninggal dulu and tak tahu pun how to do it,” tulisnya.

Azhar Sulaiman nak ajak anak dari sekarang

Jadi, dia bercadang untuk ingin mengajar Rees perkara itu dan berharap dia menjadi imam solat jenazah jika dia meninggal dunia secara normal suatu masa nanti..

“So, now Behar kena ajar Rees untuk menjadi Imam untuk sembahyangkan Behar nanti kalau mati secara normal.

“Nota Kaki – Anak lelaki wajib sembahyangkan Jenazah ayah mereka sendiri – UAI,” ujarnya.

image is not available

Tahniah Behar kerana fikir sejauh itu

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang merasakan apa yang difikir oleh pelakon tersebut cukup baik kerana membuat persiapan di masa hadapan.

Ada juga di antara mereka menceritakan tentang pengalaman masing-masing yang pernah berhadapan dengan situasi sama seperti dihadapi oleh Azhar suatu masa dahulu.

image is not available

Semoga urusan dipermudah

image is not available

Ada yang sama pengalaman seperti Behar

image is not available

Sekadar info, Azhar Sulaiman dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 26, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin, 22 yang merupakan pasangan kembar.

Sumber: Instagram Azhar Sulaiman