Azhar Sulaiman Nak Jual Nombor Pendaftaran MAF 14, Buka Bidaan Bermula RM1.85 Juta

22 Aug 2023 • 2:04 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon, Azhar Sulaiman mahu menjual nombor pendaftaran kenderaan miliknya, MAF 14 dengan harga bidaan bermula RM1.85 juta. Pergh! Bagi sesiapa yang dah lama ‘mark’ nombor pendaftaran tersebut, inilah masanya!

Menerusi perkongsian di Instagram, Azhar Sulaiman menunjukkan ‘roadtax’ MAF 14 bersama dengan kereta miliknya yang didaftarkan dengan nombor itu.

Bukan tu jer, pelakon itu juga meminta ‘Mafia’ sebenar-benarnya yang mahukan MAF 14 untuk menghubunginya.

image is not available

Are you The Real Mafia in Malaysia? Call Lah Kalau Berani….

Bagi sesiapa yang berminat dengan nombor pendaftaran milik Azhar Sulaiman ini, boleh hubunginya di talian 0126669777.

Kalau sesiapa yang beli MAF 14 ni, jangan lupa letak dekat Myvi. Barulah gempak!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.