SEMPENA sambutan Hari Malaysia penyanyi tersohor dan anak jati Sabah Azharina Azhar bakal melancarkan lagu patriotik pertamanya berjudul Gunung Kinabalu pada 3 September ini.
Menariknya lagi, ia juga menampilkan duet istimewa bersama sepupunya yang juga penyanyi, Daniesh Suffian.
Gunung Kinabalu dihasilkan sebagai penghormatan kepada Sabah serta mengenang jasa dan legasi arwah Datuk Haji M.Y. Ismail, tokoh keluarga yang amat disanjungi oleh kedua-dua artis ini.
Karya terbabit juga merupakan adaptasi daripada sebuah lagu lama yang pernah dinyanyikan oleh Surianah Mansah, ibu kepada Daniesh dan artis pop terkenal Sabah pada era 1990an.
Lagu ini diolah semula oleh Azharina dan Daniesh dengan sentuhan baharu yang lebih segar dari segi susunan muzik serta liriknya disesuaikan dengan semangat cintakan negeri dan tanah air.
Hasilnya adalah sebuah karya kontemporari yang memancarkan jati diri rakyat Sabah sambil mengekalkan nilai warisan budaya tempatan.
Azharina menyatakan rasa syukur dan bangganya kerana dapat terlibat dalam projek ini. Baginya, ini bukan sekadar pencapaian profesional tetapi juga satu kenangan peribadi yang sangat mendalam.
"Ini adalah lagu patriotik pertama saya dan saya amat bersyukur kerana dapat menyanyikannya sebagai anak Sabah.
“Lebih membahagiakan, saya dapat bekerjasama dengan sepupu saya sendiri, Daniesh. Kami sangat rapat, jadi projek ini terasa sangat istimewa.
“Saya harap akan ada lebih banyak kolaborasi seperti ini pada masa hadapan kerana ia mengangkat warisan keluarga dan tanah kelahiran kami," katanya.
Tambah Azharina, Gunung Kinabalu dipilih sebagai tajuk dan tema utama lagu ini kerana ia merupakan simbol kekuatan, ketabahan dan kebanggaan rakyat Sabah. “Gunung ini bukan sekadar ikon geografi, tetapi lambang jati diri dan semangat rakyat Negeri di Bawah Bayu,” ungkapnya.
Daniesh turut berkongsi pengalaman bekerja dengan Azharina sebagai sesuatu yang sangat bermakna dalam perjalanan seninya.
Bagi Daniesh, berkolaborasi dengan juara Gegar Vaganza musim ketiga itu bukan sekadar peluang profesional, tetapi satu momen keluarga yang penuh emosi dan kenangan.
"Projek ini memberi saya peluang baharu dalam karier. Bekerjasama dengan Kak Azharina, yang juga sepupu saya sendiri, membawa rasa istimewa.
“Kami dapat merasakan ‘chemistry’ yang kuat sepanjang proses rakaman. Kami juga menerima banyak maklum balas positif daripada peminat sejak beberapa cover lagu kami dimuat naik di TikTok dan media sosial lain.
“Ramai yang menyokong dan meminta kami teruskan kerjasama ini," kata Daniesh.
Lagu Gunung Kinabalu akan dilancarkan secara rasmi pada 3 September 2025 sempena sambutan Hari Malaysia. Ia boleh distrim di semua platform digital utama.
Video muzik rasmi turut akan dilancarkan serentak dan dijangka menjadi antara tontonan utama sempena Hari Malaysia tahun ini.