Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

30 Apr 2024 • 11:24 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menerusi hantaran di laman sosial, pelumba berusia 36 tahun itu meluahkan kesyukuran atas kurniaan berkenaan, lebih-lebih lagi ketika membuat persediaan ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

image is not available
To’ Puan Athiah Ilyana Abd Samat mengiringi suami dalam istiadat berkenaan yang berlangsung di Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering, Kuala Terengganu

“Merafak sembah dan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia diatas pengurniaan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu.

“Pengurniaan ini akan patik jadikan sebagai tiupan semangat buat diri patik untuk berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi. Patik sungguh terharu diatas pengurniaan ini dan berasa bertuah menjadi anak jati negeri Terengganu Darul Iman,” titipnya yang menerima darjah kebesaran itu di Istana Syarqiyyah, Chendering, Terengganu.

image is not available

Susulan kurniaan bersebut, graduan Sarjana Muda Sukan Gerakan, Universiti Victoria, Melbourne, Australia itu tersebut menzahirkan penghargaan buat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Patik sekalian juga mendoakan agar Tuanku Sultan dan Sultanah Terengganu sentiasa di bawah lindungan ALLAH SWT dan terus kekal bersemayam di atas singgahsana dengan penuh kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan,” kongsinya.

image is not available

Azizulhasni yang merupakan anak kelahiran Dungun terdahulu menerima kurniaan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu membawa gelaran Datuk pada tahun 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!