Azlee Senario menangis, terharu peminat beri ‘gift’ ketika live TikTok

30 Nov 2023 • 8:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelawak senior yang popular dengan kumpulan Senario, Azlee Senario menangis apabila diberi gift oleh peminatnya sewaktu bersiaran langsung di aplikasi TikTok.

Dapat banyak gift dari peminat

Menerusi perkongsian semula pengguna TikTok dan juga usahawan dikenali sebagai silahijab, dapat dilihat yang Azlee atau nama sebenarnya, Mohd Azlee bin Jaafar sebak dan hilang kata-kata apabila pelbagai gift dengan harga yang cukup tinggi diberikan kepadanya.

@sillahijab

Rezeki dari ALLAH .. Terima kasih abg @Azlee Senario kerana pernah menghiburkan arwah IBU TERCINTA SAYA #SAYANGMAK #cintahatiku #mommysilla

♬ original sound – SILLA HIJAB – FOUNDER SILLA

Azlee Senario menangis hilang kata2

Pengguna TikTok berkenaan juga turut memberikan gift dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawak terbabit memandangkan pernah membuatkan mereka serta arwah ibunda yang telah meninggal dunia tertawa.

Tiada kata-kata selain ucapan terima kasih serta memuji kebesaran Allah S.W.T apabila dihargai oleh para peminatnya di media sosial.

“Terima kasih kepada semua TikTokers yang sudi masuk live saya, menyokong saya dan berkongsi rezeki.

“Saya merasa begitu sebak kerana menyayangi saya dan Senario.

“Semoga Allah melipat gandakan rezeki anda semua dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin,” tulis Azlee di ruangan TikTok.

image is not available

Kita membesar dengan hiburan dari Azlee Senario dan rakan2

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tak henti-henti bercerita tentang Senario yang menghiburkan ramai orang satu ketika dahulu sehingga kini.

Mereka akui sangat berterima kasih kepada Azlee dan juga barisan pelawak dalam Senario kerana menceriakan kita semua di kaca televisyen pada zaman kegemilangan kumpulan tersebut.

image is not available

Kita tengok abang Azlee pun menangis sama

image is not available

Terima kasih bang hiburkan kami

image is not available

Bukan je hiburkan kita, anak2 kita pun minat tengok filem Senario

image is not available