
Azman Hasim Dilantik CEO Baharu AKPK Berkuat Kuasa Hari Ini
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengumumkan pelantikan Azman Hasim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu agensi itu, berkuat kuasa hari ini.
Menerusi satu kenyataan di Facebook, AKPK memaklumkan Azman membawa lebih tiga dekad pengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan selain hampir 20 tahun berkhidmat bersama agensi berkenaan.
Menurut AKPK, sejak 1 Januari 2026, Azman telah menjalankan tugas sebagai CEO pemangku susulan persaraan bekas CEO, Azaddin Ngah Tasir.
Katanya, tempoh tersebut memastikan peralihan kepimpinan berjalan lancar serta kesinambungan hala tuju strategik agensi terus terpelihara.
Universiti China Gugur 12,000 Program Seni, Fokus Perluas Bidang AI Dan Teknologi
Tun Faisal Dakwa PAS Cuba Kuasai PN
Azman memiliki ijazah dalam bidang perakaunan dan kewangan dari University of Wales Aberystwyth, United Kingdom.
Beliau juga merupakan Fellow Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta perancang kewangan Syariah berdaftar dengan Malaysian Financial Planning Council.
AKPK berkata, sebagai CEO baharu, Azman akan mengetuai pelaksanaan keutamaan strategik jangka panjang agensi itu.
Ia termasuk memperkukuh keupayaan kewangan rakyat, memperluas akses kepada khidmat nasihat dan pengurusan hutang serta meningkatkan capaian kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.
Sementara itu, Pengerusi AKPK, Fauziah Hisham berkata pengalaman luas, pandangan strategik serta pemahaman mendalam Azman terhadap mandat AKPK meletakkan beliau pada kedudukan terbaik untuk memimpin organisasi itu ke fasa pertumbuhan seterusnya.





