Azmin Ali aminkan doa warga Mesir, yakin menang DUN Hulu Kelang

Politics
2 Aug 2023 • 5:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seolah-olah terharu dengan tindakan seorang warga Mesir yang mendoakan kejayaannya sempena bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Pengerusi PN Selangor yang merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang itu berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran video di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Azmin aminkan doa

Menerusi rakaman berdurasi seminit enam saat itu, Azmin dilihat menadah tangan sambil memberi perhatian terhadap ucapan yang dizahirkan secara bersungguh-sungguh oleh lelaki berkenaan.

Difahamkan, bekas Ahli Parlimen Gombak itu yang berkemeja dan bersongkok dipercayai sedang menjalankan kempen PRN bersama penduduk setempat di Taman Melawati, Ulu Klang.

Meninjau di ruangan komen, ramai penyokong meninggalkan kata-kata positif selain mendoakan agar abang kepada pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA itu akan memenangi PRN.

YB telah dikenali dunia?

image is not available

Mata masuk habuk

image is not available

Orang luar pun mendoakan

image is not available

Berdasarkan laporan Berita Harian sebelum ini, beliau yang bersaing dengan calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Juwairiya Zulkifli yakin akan memenangi kerusi DUN terbabit.

Sumber: TikTok Azmin Ali, Berita Harian (Seri Ayu Kartika Amri)