Azmin Ali dedah cadangan penubuhan Barisan Pembangkang Bersatu, fokus isu rakyat!

LocalPolitics
16 Jul 2025 • 1:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bercadang untuk menubuhkan Barisan Pembangkang Bersatu bertujuan membincangkan dan mengambil pendirian bersama berkaitan isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

Menurut laporan Sinar Harian, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan itu diambil selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berlangsung pada Selasa.

Katanya, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerajui usaha untuk menjalin persefahaman dengan parti-parti di luar blok kerajaan.

Barisan Pembangkang Bersatu

image is not available

“Cadangan ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan hujung minggu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas berkaitan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Azmin memberitahu sudah menggerakkan jentera-jentera partinya untuk meningkatkan gerak kerja di kawasan tumpuan.

Barisan Pembangkang Bersatu

image is not available

“MPT juga mengesahkan tarikh Persidangan Agung Tahunan (PAT) Tahun 2025 iaitu pada 6 dan 7 September 2025 di Shah Alam, Selangor.

“Bersatu turut akan menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-9 pada 7 September 2025, jam 8 malam yang bakal meraikan lebih 2,000 tetamu dari seluruh negara,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Program Infaq BERSATU telah diluluskan oleh MPT bagi menumpul dana untuk menyokong pelbagai aktiviti parti. Sumbangan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin bersama mendokong agenda perjuangan Bersatu.

Dalam pada itu, Azmin turut mengesahkan bahawa MPT bersetuju untuk menjayakan Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai ini, bertempat di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

image is not available

Sumber: Sinar Harian (Norafidah Assan)