Azmin Ali sambut salam PM Anwar- “Lama tak bertemu, tapi Allah pertemukan di bulan Syawal”

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 7:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali sambut salam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pernah menjadi ‘bos’ lama beliau selepas sekian lama tidak bertemu.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Azmin yang kini Ketua Pembangkang tidak menyangka dapat bertemu figura itu di Masjid Negara pada bulan Syawal ini.

“Menjelang Solat Zohor, saya menyambut salam dari YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Lama kami tidak bertemu. Kami dipertemukan hari ini di dalam Masjid Negara di bulan Syawal. Moga Allah SWT memberkati kita semua,”tulisnya di Facebook.

image is not available

image is not available

Azmin Ali sambut salam PM Anwar

Kedua-dua pemimpin itu hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana penuh kesedihan, dengan kedua-dua pemimpin menunaikan tanggungjawab mereka sebagai tetamu dalam majlis penghormatan terakhir kepada negarawan negara itu.

Walaupun pernah berbeza pandangan politik, Azmin dan Anwar dilihat saling menghormati, mencerminkan kematangan dalam hubungan mereka.

image is not available

Azmin, yang juga seorang ahli Parlimen, turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah, termasuk kepada isteri Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah, dan anak-anak mereka.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa pernah menjadi Timbalan Presiden PKR yang mana Anwar menjadi Presiden parti itu pada 2018.

Namun beliau terlibat dalam ‘Langkah Sheraton’ apabila menyertai Bersatu sebagai ahli biasa pada 2020 dan menjadi menteri Kabinet di bawah Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber: FB Azmin Ali