Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor

Politics
19 Sep 2023 • 3:16 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pengumuman mengenai lantikan itu dibuat Yang Dipertua DUN Selangor, Lau Weng San sejurus majlis angkat sumpah 56 Adun selesai pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15 hari ini.

Weng San yang juga Adun Banting memaklumkan, Perikatan Nasional (PN) menghantar surat untuk mencalonkan Azmin sebagai Ketua Pembangkang pada 15 September lalu.

"Saya dengan ini memasyhurkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Adun Hulu Kelang sebagai Ketua Pembangkang.

“Diharapkan Ketua Pembangkang telah dilantik dan dipersetujui ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya, tahniah diucapkan,” katanya.

Pada persidangan itu juga, 56 Adun mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah, didahului Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan diikuti 10 exco serta Adun lain.

Pada penggal lalu, jawatan Ketua Pembangkang dipegang Adun Sungai Air Tawar dari Barisan Nasional (BN), Datuk Rizam Ismail.

Bagaimanapun Pakatan Harapan (PH) dan BN bergabung pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Gabungan PH dan BN kemudiannya memenangi PRN pada 12 Ogos lalu selepas menguasai 34 daripada 56 DUN, sekali gus membentuk kerajaan negeri bagi penggal ke-15. – 19 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved