'Azmin dipelawa sertai PKR? Saya tidak dimaklumkan' - Anwar

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 12:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Azmin dipelawa sertai PKR? Saya tidak dimaklumkan' - Anwar
Anwar ketika hadir bagi merasmikan Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Kebangsaan 2026 (NICE26) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang pelawaan kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyertai semula parti itu.

"Ada orang jemput ke? Ada pelawaan? Saya tidak dimaklumkan,” kata Perdana Menteri ringkas ketika ditemui media selepas merasmikan Expo Inovasi dan Pengkomersialan Kebangsaan (NICE) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Khamis.

Selasa lepas, Mohamed Azmin yang kini Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilaporkan berkata, beliau tidak akan sesekali kembali menyertai PKR meskipun terdapat pelawaan kepada bekas ahli parti itu untuk berbuat demikian.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar dan bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman dilaporkan dijangka menyertai semula PKR.

Bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar turut mengesahkan kembali menyertai parti itu.-- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved