Azmir Saifuddin dilantik sebagai CEO Finas berkuat kuasa 1 November 2023

31 Oct 2023 • 6:02 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Azmir Saifuddin dilantik sebagai CEO Finas berkuat kuasa 1 November 2023

zulfadli

31/10/2023 - 18:02

KUALA LUMPUR 31 Okt - Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa esok.

Finas dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun hingga 31 Oktober 2025.

Azmir Saifuddin yang berkelulusan Ijazah Pengkomputeran daripada Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom memulakan kerjayanya di Bahagian Kreatif Multimedia Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Base FX, lapor Bernama.

"Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam industri kreatif, Finas yakin Azmir Saifuddin mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem Malaysia ke tahap yang lebih tinggi," menurut kenyataan itu. - DagangNews.com