“B*bi Mana Yang Duk Buat Cerita” – Che Ta Mengamuk! Cerita Zain Saidin ‘Naik Tangan’ Dijaja Di Facebook

11 Aug 2023 • 4:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa saja yang tidak marah apabila tiada angin tiada ribut, keadaan terkini rumah tangga difitnah pihak tak bertanggungjawab.

Terbaru, melalui laman Instagram, pelakon Rozita Che Wan atau mesra dikenali sebagai Che Ta meluahkan rasa marah apabila rumah tangganya didakwa sedang bergolak.

Melalui hantaran yang di screenshot, pihak tidak bertanggungjawab itu menuduh Zain Saidin telah ‘menaik tangan’ terhadap Che Ta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Berang dengan tuduhan tidak berasas itu, pelakon terbabit meminta pertolongan peminat untuk melaporkan page Facebook tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen serta rakan selebriti menyuruh selebriti itu mengambil tindakan undang-undang agar pihak berkenaan tidak lagi berani mengeluarkan kenyataan sesuka hati mereka.

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ramai berkata akaun Facebook yang berbuat seperti itu kerana mahu menarik perhatian ramai agar klik laman web yang diletak di bahagian kapsyen.

image is not available 3 months ago

"Over, Malu Kita Yang Tengok" - Tayang Berpeluk Di Instagram, Ramai 'Jealous' Dengan Che Ta & Suami?