“B*d*h Takda Sivik” – Wanita Kesal, Cermin Kereta Pecah Angkara Individu Buang Sampah Dari Atas Rumah Flat [Video]

Cars
13 Oct 2022 • 5:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sikap ambil mudah membuang sampah merata-rata sudah pasti akan memburukkan lagi nama Malaysia terutama jika ia dinilai oleh rakyat negara lain.

Apa yang lebih parah, perbuatan membuang sampah dari atas masih dilakukan segelintir penduduk di rumah-rumah flat dan apartment di Malaysia hanya kerana malas untuk turun ke bawah.

Namun tindakan itu sudah pasti akan menyusahkan pihak yang tidak bersalah sekiranya sampah tersebut terkena pada kereta atau rumah di tingkat bawah.

Cermin belakang kereta pecah kerana sampah dibuang dari tingkat atas

Begitulah yang terjadi pada seorang wanita ini apabila cermin belakang kereta pecah angkara individu yang membuang sampah dari tingkat atas sebuah rumah flat.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @piqahhhhs_, wanita itu menunjukan keadaan cermin keretanya yang pecah dan juga dipenuhi sisa sampah yang basah di bahagia dalam kereta.

“Disebabkan pengguna flat yang b*d*h takda sivik baling sampah dari atas punya pemalas nak turun buang sampah. Tengok lah siapa yang kena tanggung,” tulisnya dalam video.

Terpaksa tanggung kos baiki dan cuci kereta lebih RM600

image is not available

Menurutnya, dia terpaksa menanggung kos bagi menukar cermin yang pecah dan juga kos membersihkan kereta yang menelan belanja lebih RM600.

Lebih mengecewakan, walaupun sudah dibersihkan, kereta tersebut masih meninggalkan bau sampah yang tersangat busuk.

Tambah wanita itu yang menjawab persoalan daripada salah seorang netizen, kereta tersebut merupakan milik ayahnya.

image is not available

Ada rumah teres dan hanya singgah di rumah flat itu pada hujung minggu

image is not available

Ujar wanita itu lagi, dia sebenarnya sudah mempunyai sebuah rumah teres di Kedah namun masih ke sana pada waktu hujung minggu bagi menjenguk neneknya yang masih perlu dijaga.

“Kami memang ada rumah landed asing di Kedah, rumah sini tempat kami membesar dari kecil dan ada tok yang perlu dijaga so balik sana weekend ja,” tulisnya lagi.

Source: