“B*doh Punya Sistem!” – Kena Beratur Beli Tiket, QR Pay Pun Tak ‘Function’, Netizen Kritik Pengurusan Pusat Sains Negara

29 Dec 2022 • 12:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial Twitter apabila seorang individu meluahkan rasa berang dengan sistem pengurusan kemasukan ke Pusat Sains Negara (PSN) yang didakwa leceh dan ketinggalan zaman.

Difahamkan, pengunjung yang mengunjungi PSN perlu beratur panjang untuk membeli tiket masuk gara-gara ia tidak dijual dalam talian.

Berikutan itu, ramai ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti mengeluh kerana terpaksa beratur panjang dan berpanas.

Individu itu turut mendakwa tiket masuk PSN ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh didapati secara dalam talian namun telah ditamatkan penjualan sejak arahan ditarik balik.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang mengadu terpaksa beratur selama satu jam hanya semata-mata untuk membeli tiket.

Pusat Sains tapi tak moden, dulu ramai mengeluh tak boleh guna QR pay.

Malah, ada yang mengkritik aktiviti dan juga prasarana yang disediakan PSN sudah uzur dan tidak menarik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 minggu lalu

"Kesian Parents Dan Anak-Anak" - Nak 'Support' Zoo Negara Tapi Apa Pun Tak Ada, Shakila Khoriri Kecewa