“B*ngang Berjangkit-Jangkit” – Boy Iman Selar Tindakan Netizen Tuduh Dirinya Dalang ‘Scammer’ Vendor Raya

20 Apr 2023 • 9:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kecoh sejak semalam di media sosial apabila nama pelakon Blok 404, Boy Iman dipetik sebagai dalang dan ‘scammer’ di sebalik penganjuran program vendor raya yang dikenali Hooray x Fest Raya.

Festival membeli-belah itu difahamkan sepatutnya berlangsung pada 19-21 April 2023 di WTCKL namun dibatalkan oleh penaja utama pada saat akhir.

Berikutan itu, para vendor dan peniaga tampil meluahkan rasa tidak puas hati dan marah kepada penganjur iaitu Tenview (M) Sdn Bhd yang diwakili Datuk Mohammad Aliff Hakim dan pihaknya telah memberi dua pilihan susulan tragedi itu.

Aliff dilaporkan telah memberi pilihan kepada peniaga untuk mendapatkan semula bayaran atau menunggu tarikh acara baru yang akan diumumkan kelak.

Memetik Astro Awani, acara itu telah mendapat sokongan penaja daripada Boy Iman yang juga merupakan Presiden Kelab Usahawan Selebriti Malaysia.

image is not available

Sumber : Instagram  

Boy Iman kemudiannya menjadi sasaran vendor dan peniaga apabila media sosialnya dipenuhi dengan caci makian pihak yang terkesan.

Maklum dengan keadaan itu, Boy Iman yang juga merupakan seorang usahawan tampil memberi respon di mana dia telah meminta netizen agar tidak menjadi bangang dan bakal mengambil tindakan undang-undang gara-gara difitnah.

Tulisnya di satu hantaran Instagram, dia tidak terlibat secara langsung dalam penajaan acara itu sebaliknya hanya bekerja sebagai orang makan gaji semata-mata.

Dia juga memberitahu bahawa dirinya sudah bersedia untuk dipanggil oleh PDRM bagi tujuan siasatan insiden berkenaan.

image is not available 1 hari lalu

"Dulu Tak Pernah Buat Macam Tu Dekat Arwah Sarah" - Shuib Dikecam Sering Komen Watie Cantik Di IG

View Original Article