Giant nafi henti sementara operasi cawangan Batu Caves

19 Mar 2020 • 2:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Giant Malaysia menafikan penularan berita bahawa cawangan pasar raya itu di Batu Caves telah menghentikan sementara operasi berikutan terdapat empat kes virus koronavirus (Covid-19).

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi mereka, Giant Malaysia berkata, notis yang dikeluarkan oleh pihaknya sebelum ini telah disalah tafsir oleh sebilangan pihak dan turut disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Katanya, Giant Malaysia menggesa semua masyarakat supaya dapat menyemak sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan pihak lain.

"Sebarang tindakan tidak bertanggungjawab dalam penyebaran berita tidak tepat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Tambahnya, keselamatan pelanggan, kakitangan dan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan mereka khususnya ketika penularan wabak Covid-19.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved