Wujud akta baharu jika Akta Kualiti Alam Sekeliling banyak pindaan

23 Feb 2020 • 3:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PASIR GUDANG - Kerajaan akan mewujudkan akta baharu berkaitan alam sekitar sekiranya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang ketika ini sedang diperhalusi memerlukan banyak pindaan.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, pada masa ini kementeriannya sedang meneliti pindaan yang perlu dilakukan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk mengadakan keterlibatan dengan pihak berkepentingan.

“Perkembangan semalam, pihak berkepentingan ada bengkel dua hari untuk meneliti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan sedang diperhalusi untuk dipinda. Kalau pindaan itu banyak, kita akan wujudkan akta baharu dan dibentang tahun ini, " katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Pasir Gudang di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di Menara Aqabah hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke lokasi pemasangan peralatan pengesan pemfotoionan (PID) di Stadium Tertutup MPPG.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Norlin Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dan Pengarah JAS Johor, Mohd Famey Yusoff.

Bee Yin berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan pemain industri, ahli akademik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi meminta pandangan mereka berhubung pindaan akta yang dilakukan kelak.

"Paling utama kerajaan dapat kawal pencemaran dengan lebih sistematik dan hukuman terhadap penjenayah kelestarian sekitar dikenakan dengan setimpal," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved