Rumah kongsi terbakar

8 Dec 2019 • 12:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

ROMPIN - Sebuah rumah kongsi berhampiran Jeti Tanjong Gemok di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.49 pagi dan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rompin dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Menurutnya, operasi itu turut dibantu anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasukan Endau.

image is not available
Anggota bomba melakukan pemeriksaan lanjut selepas memadam kebakaran rumah kongsi berhampiran Jeti Tanjong Gemok di sini awal pagi tadi. - Foto Ihsan BOMBA

"Sembilan pekerja yang tinggal dalam rumah kongsi itu selamat kerana sempat menyelamatkan diri.

"Rumah kongsi itu musnah sepenuhnya. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.