MB Johor 'kunci mulut' isu memorandum Bersatu

10 May 2019 • 9:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengambil sikap kunci mulut berhubung isi kandungan memorandum yang dihantar 23 Ketua Bahagian Bersatu Johor kepada Perdana Menteri yang juga pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

Dr Sahruddin, yang juga Setiausaha Bersatu Johor, sekadar menyatakan hanya maklum mengenai pertemuan itu, namun enggan mengulas lanjut isi kandungan memorandum tersebut.

“Kandungan ada dalam itu,” katanya sebagai merujuk memorandum berkenaan ketika ditemui media pada majlis berbuka puasa di Ibu Pejabat Bersatu Johor di sini hari ini.

Rabu lalu, sebuah akhbar melaporkan bahawa Dr Sahruddin maklum mengenai penyerahan satu memorandum daripada 23 ketua bahagian kepada Dr Mahathir.

Bagaimanapun, beliau juga memilih untuk tidak bercakap lanjut mengenai isi kandungan memorandum ketika itu.

Namun begitu, ramai pihak percaya memorandum itu berhubung kait dengan isu pelantikan bekas exco kerajaan negeri, Mazlan Bujang sebagai pengerusi parti negeri serta menyatakan sokongan kepada Dr Sahruddin untuk memegang jawatan itu. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved