Babak Panas Dalam Filem Tempatan Tersebar, Ini Respon Pengarahnya

Movie
30 Oct 2023 • 12:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kecoh di media sosial mengenai babak intim  dalam sebuah filem tempatan telah tersebar di Youtube Donthaveaname. Biar betul?

Menurut laporan Utusan Malaysia, video adegan seks itu merupakan sebahagian babak dalam filem tempatan, Mar Rak aragan Datuk T.S Jeffry yang berdurasi 1 minit 24 saat.

Bukan tu jer, babak itu juga telah tular di platform media sosial lain. Walau bagaimanapun, T.S Jeffrey tak berdiam diri dan menyangka bahawa ada yang cuba sobataj filem berkenaan.

Filem ini memenuhi garis panduan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan mendapat kelulusan tayangan. Jadi saya tak menolak ada unsur sabotaj.

Dalam pada masa yang sama, sewaktu Utusan Malaysia menghubungi pelakon yang kian meningkat, Michael Lean Chien yang difahamkan terlibat dalam babak seks itu tidak mahu ulas panjang mengenai isu ini dan menyerahkan kepada pihak produksi untuk membuat siasatan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.