Baby Naail selamat disuntik ubat Zolgensma RM9.8 juta, warganet sebak lihat senyumannya

22 Jun 2023 • 4:32 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BAYI bernama Muhammad Naail Wan Aslam, 11 bulan, atau lebih dikenali sebagai Baby Naail menjadi perhatian ramai.

Si kecil yang menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy Type 1 (SMA1) itu terdahulu diberitahu tanpa penjagaan yang rapi, hampir 95 peratus pengidapnya tidak akan dapat bertahan sehingga umur dua tahun.

SMA1 adalah penyakit genetik otot saraf atau neumuscular genetic disorder akibat mutasi gen neuron motor survival 1 (SMN1) iaitu protein penting pada saraf tunjang yang berfungsi mengawal otot badan.

image is not available

Untuk pulih, anak ketiga Siti Norraihan Mohd Amin dan Wan Aslam Zakaria itu memerlukan ubat yang bernilai RM9.8 juta hanya untuk satu suntikan sahaja.

Mei lalu, melalui platform Misi Rakyat dan bantuan daripada Founder Misi, Nor Ahmad Faiz Mohd Adli, 32, wang sebanyak RM9,880,560 juta dikumpul daripada rakyat Malaysia yang dermawan dan prihatin.

Lebih mengagumkan, jumlah itu berjaya dikumpul jauh lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan oleh pihak Misi Rakyat iaitu 17 Ogos 2023.

image is not available

Dalam perkembangan terbaru, Naail telah menerima suntikan ubat dinamakan Zolgensma yang berharga RM9.8 juta di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Nor Ahmad Faiz melalui laman sosial berkongsi momen bermakna Naail melalui prosedur suntikan yang memakan masa selama satu jam.

“Hanya ALLAH sahaja yang boleh menyembuhkan Naail. Ibu Naail sangat mengharapkan bantuan ALLAH,” titipnya.

“Saya sebak ALLAH menyatukan kita semua dan ini respons Naail kepada rakyat Malaysia. Terima kasih,” titipnya yang berkongsi video Naail menghadiahkan senyuman manis.

image is not available

Ibu Naail, Raihanah menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga apabila Naail telah berjaya menerima suntikan Zolgensma.

Berjanji akan sentiasa memuat naik perkembangan Naail, adik kepada pelakon Fattah Amin itu berharap anaknya sihat semula.

“Alhamdulillah Ya ALLAH, selesai semuanya.

“Nanti kita upload video Naail. Terima kasih tak terhingga atas doa daripada kalian selama ini. Alhamdulillah ALLAH permudahkan semuanya.

image is not available

“Asbab ubat gene therapy ini, semoga Naail kembali sihat dan progress semakin baik hari demi hari insya-ALLAH mudah-mudahan dengan izin-NYA,” ujarnya.

image is not available

Warganet yang tersentuh melihat perkembangan Naail menitipkan doa agar si kecil itu pulih dan sembuh. Tidak kurang juga yang terpesona dengan senyuman Naail.

– “Alhamdulilah, cair bila tengok part last adik Naail senyum. Ya ALLAH semoga diangkat sakit Naail dan diberikan kesihatan yang baik buatnya, aaminn.”

– “Masya-ALLAH, sebak. Moga ALLAH angkat penyakit Naail dan beri kesembuhan. Ramai yang doakan Naail insya-ALLAH.”

-”Sedikit masa lagi awak akan jadi macam kanak-kanak yang lain Alhamdulillah.”

– “Tengok Naail senyum. Allahuakbar moga diberikan kesihatan dan kesembuhan.”

– “Allahuakbar, I’m crying. Terus sihat ya anak. Ya ALLAH kurniakan syifa buat anak-anak yang sedang bertarung nyawa.”

– “Comelnya dia. Derak-gerak lidahnya begitu, mungkin tanda syukur dan terima kasih kepada semua yang menderma.”

image is not available

Terdahulu, pihak Misi Rakyat menguruskan bayaran ubat di bank menghadapi kekurangan dana apabila harga sebenar ubat meningkat susulan kenaikan kadar tukaran wang asing.

Nilai ubat ketika itu RM9,880,400 sedangkan dana yang dikumpul hanya RM9,805,905.

Bagaimanapun, segalanya selesai apabila badan bukan kerajaan (NGO) GIVE.Asia bermurah hati NGO memindahkan dana terkumpul ke akaun pihak MISI sekali gus mencukupkan jumlah bayaran ubat Naail.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!