Baby Shima Anggap MV Island Boi Tak Berlebihan, Seloroh Tanya Peminat Obses – “Dah B*nuh Diri Ke?”

LocalEntertainment
10 Sep 2025 • 1:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Gempak, penyanyi sensasi, Baby Shima mengakui dia tidak mengetahui kenapa peminat perlu obses dengannya hinggakan mengugut mahu membunuh diri.

Rasa MV Island Boi tak berlebihan

Difahamkan, peminat lelaki berkenaan membuat ugutan sedemikian susulan tidak berpuas hati selepas Baby Shima berkongsikan single terbarunya, Island Boi.

Saya pun tak tahu kenapa dia cemburu dengan muzik video Island Boi. Tak over pun. Jadi saya tak tahu kenapa sampai dia ugut nak bunuh diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

“Sudah bunuh diri ke?”

Apabila ditanya apakah reaksinya selepas peminat mengugut seperti itu, Baby Shima secara berseloroh berkata,

Saya tertunggu-tunggu juga dia sudah sudah bunuh diri ke?

Bagaimanapun, beberapa saat selepas, penyanyi berkenaan mengakui berasa takut dengan ugutan bunuh diri daripada lelaki tidak dikenali itu.

Sebenarnya saya takut juga. Takut fikir kenapa sampai nak bunuh diri.

image is not available 2025-08-25 10:43:05

Cemburu Aksi Mesra Baby Shima, Peminat Ugut Mahu Bunuh Diri - "Bawa Mengucap"