Baby Shima ulas isu influencer ‘ciplak’ karya orang -“Lain kali jaga tepi kain sendiri”

17 Nov 2023 • 5:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sejak kebelakangan ini, nama influencer Zhiddin Aziz menjadi perhatian ramai disebabkan isu Anugerah Perdana Belia Negara (ABPN) 2023 dan juga dakwaan menciplak teks pidato milik seorang lelaki, Khairul Afsan.

Macam perli je tu?

Susulan daripada penyanyi, Baby Shima telah memuat naik beberapa status seakan memerli influencer berkenaan selepas tular berita pemuda terbabit dikatakan menciplak teks pidato sesorang.

“Dah la menangis tak dapat anugerah. Lepas itu, menciplak karya orang pula. Katanya ada harga diri, meniru karya orang itu ada harga diri ke?

Macam itu ke influencer? Patutlah tak boleh menang anugerah,” tulisnya.

 

image is not available

Baby Shima minta jangan sibuk hal orang

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 31 yang turut tumpang bersuara berkenaan isu tersebut di Insta Story seakan mempersoalkan tindakan Zhiddin dengan mengatakan pemuda tersebut seakan tiada harga diri.

Lain kali jangan sibuk hal orang, padan muka. Orang tak kacau kau…nak sibuk sangat kacau Shima. Terpaling ikon.

“Jagalah tepi kain orang jangan asyik sukabuat konten tentang hal orang lain dan jagalah tepi kain sendiri jangan sampai terselak,” tulisnya lagi.

image is not available

Baby Shima tak ambil hati pernah dihina-hina

Namun, Baby Shima mengatakan bahawa tidak mengambil hati walau pernah dihina sebelum ini serta mendoakan agar influencer berkenaan mendapat anugerah belia selepas ini.

Sebelum ini, Zhiddin telah membuat permohonan maaf selepas sedar namanya disebut kerana menggunakan teks pidato Khairul Afsan dalam ucapannya yang tular di media sosial.

Ujarnya, dia mengakui tidak mengetahui empunya siapa karya tersebut dan hanya berniat untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu ketika itu.

Sumber: Instagram babyshimaofficial