
Oleh: Rasfan Abu Bakar
Bad Boys: Ride or Die menyatukan semula dua pelakon ikonik iaitu Will Smith dan Martin Lawrence. Tidak dapat dinafikan lagi chemistry mereka, baik didalam mahupun di luar skrin kekal tiada tandingan. Kedua-dua pelakon ini terus membawa gabungan unik yang humor, aksi penuh dramatik serta kata-kata puitis menyentuh hati.
Bad Boys Ride Or Die bermula dengan Mike Lowery ingin berkahwin. Tetapi mereka berdua singgah dahulu di kedai serbaneka untuk membeli makanan.
Tetapi tanpa diduga muncul pula seorang perompak yang ingin merompak kedai tersebut. Lalu berlakulah aksi tembak menembak. Setelah itu mereka pergi ke majlis perkahwinan dan ketika sesi tari menari, Marcus telah rebah ke lantai akibat serangan jantung. Tetapi ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri itu dia telah bertemu dengan kapten lamanya yang telah mati iaitu kapten Howard. Howard tersenyum lebar dan mereka berpelukan. Dia memberitahu bahawa
Mike akan diuji dan dia "perlu memilih." Apabila sedar marcus mula menyedari sesuatu yang buruk bakl berlaku dan memaklumkanya kepada Mike.
Tidak lama selepas majlis perkahwinan Mike, mereka berdua telah dimaklumkan bahawa Kapten Howard telah dikaitkan dengan satu organisasi kartel dadah. disebabkan itu nama Kapten Howard telah dicemari dan ini menyebabkan Mike dan Marcus bertekad untuk membuktikan mendiang tidak bersalah.
Mereka telah berusaha untuk menyelesaikan misi tersebut berdasarkan beberapa sumber.


Akhirnya sumber itu membawa kepada pertemuan semula dengan anak lelaki Mike iaitu Armando Aretas, orang yang membunuh kapten Howard.
Sungguhpun Armando mempunyai sejarah hitam tetapi dia mendakwa bahawa Howard tidak terlibat dengan rasuah tetapi dia tahu siapa yang menjadi dalang dalam organisasi polis. Armando memberi jaminan bahawa dia boleh membantu mengecam wajah orang yang dimaksudkan. Kini mereka semua mempunyai satu misi iaitu memburu dalang sebenar yang bertanggungjawab dalam kartel dadah serta plot terancang dalam pembunuhan kapten Howard.
Mereka kemudianya berjaya menemui dalang yang dimaksudkan dan seterusnya membuat satu perhitungan dengan individu yang bernama McGrath.
Mcgrath adalah seorang anggota keselamatan yang berpaling tadah dan bekerja dengan kartel dadah. Mereka telah bersetuju untuk berjumpa di sebuah taman tema buaya yang telah ditinggalkan. Dsini mereka bertarung dengan hebat kerana kedua-dua pasukan merupakan pakar dalam pertempuran.
Dipenghujungnya McGrath berjaya menahan anak kapten Howard iaitu Christine. Menyedari akan hal tersebut, Mike dan Marcus terus menjejaki penjenayah tersebut dan akhirnya berjaya menewaskan McGrath.

Secara keseluruhanya idea penceritaan bagi siri keempat ini boleh dianggap biasa-biasa sahaja. Ini kerana banyak jalan ceritanya boleh dibaca dengan mudah dan lawaknya-lawaknya semua boleh diramal. Ini berbeza sewaktu filem ini mula ditayangkan pada zaman 90an dimana semua wataknya segar dan jalan penceritaanya masih lagi asli.
Sungguhpun demikian, buat mereka yang memang peminat setia siri ini dan membesar denganya sejak 1995, jangan lupa untuk menonton kerana nostalgianya masih tetap ada terutama apabila mereka menyanyi lagu Bad Boys sebelum beraksi menentang musuh.
Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Rasfan Abu Bakar adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
