“Badan Saya ‘Give Up’ Dari Dalam, Saya Dah Reda..” – Hidap Lupus, Vivy Yusof Kongsi Perkembangan Kesihatan Terkini

LocalHealth & Fitness
15 Jul 2025 • 12:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof mengesahkan dirinya menghidap penyakit lupus, selepas tubuhnya mula memberikan petanda-petanda yang tidak lagi boleh dipandang ringan.

Dalam satu hantaran di Instagram, Vivy berkongsi dirinya telah menjalani pemeriksaan lanjutan dan akhirnya didiagnosis dengan penyakit autoimun seumur hidup yang boleh menyerang organ dalaman tanpa disedari.

image is not available

Menurut Vivy, dia bersyukur kerana diagnosis itu diketahui lebih awal agar rawatan dapat dimulakan segera, termasuk alternatif yang tidak bergantung kepada penggunaan steroid.

Lupus bermaksud serigala, yang menunjukkan betapa menakutkannya penyakit ini. Ianya mengoyakkan tubuh dari dalam tanpa disedari. Simptomnya sering disangka sebagai keletihan biasa, ruam atau sakit sendi.

Saya bersyukur akhirnya dapat diagnosis, jadi saya tahu bagaimana untuk rawatnya. Tapi saya masih terus mencari rawatan jangka panjang yang bukan berasaskan steroid.

Vivy turut mengakui dia tidak menyangka bahawa tekanan dan stres yang sering dihadapinya dalam dunia keusahawanan sebenarnya sedang ‘meruntuhkan’ kekuatan tubuhnya secara perlahan-lahan.

image is not available

Stres adalah musuh paling besar. Saya sangka saya dapat kawal stres dengan baik sebagai seorang usahawan, saya jarang sakit dan sentiasa bersikap optimis.

Tapi saya tak tahu badan saya sebenarnya give up dari dalam. Saya diberitahu ini penyakit sepanjang hayat, dan saya dah redha dengan hakikat itu.

Meskipun pengakuan itu mengejutkan ramai pengikutnya, namun semangat Vivy yang kekal positif menerima ujian ini turut memberi inspirasi kepada ramai wanita lain untuk lebih peka terhadap kesihatan diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-15 12:38:34

"Apa Salah Diyana Tahir Buka Baju Dan Menari Eksotik Di IDCC?" - Hantaran Pengikut Taksub eHati Jadi Tumpuan Ramai