Badan Terputus Dua, Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Kenderaan Pikap Di Sibu

20 May 2023 • 9:40 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa merupakan seorang anggota APM Selangau.

Badan Terputus Dua, Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Kenderaan Pikap Di Sibu. Dilaporkan bahawa, seorang lelaki maut setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 21 (KM21), Jalan Sibu-Bintulu pada pagi semalam.

Kejadian tragis tersebut berlaku kira-kira jam 8.20 pagi me dan telah menyebabkan penunggang motosikal yang dikenali sebagai Celtic Owen Gregory berusia 20 tahun maut di tempat kejadian akibat badan terputus dua dari paras pinggang ke bawah.

image is not available
Badan Terputus Dua, Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Kenderaan Pikap Di Sibu. Sumber foto: Utusan Borneo

Mangsa dirempuh kenderaan pacuan empat roda

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari Stapang ke bandar, dipercayai dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda sebelum tercampak ke arah besi pembahagi jalan.

Hasil siasatan polis di lokasi kejadian mendapati pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia yang 47 tahun itu dipercayai memasuki laluan arah bertentangan motosikal, jelas beliau.

image is not available
Sumber foto: Buletin TV3

Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans Hospital Sibu.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, tambah beliau lagi.

Mangsa yang berasal dari Rumah Wan Lanting, Pulau Danau, KM49 Stapang, Selangau merupakan seorang anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangau yang baru sahaja berkhidmat sejak 15 Januari lalu.

Lagi berita terkini buat anda di sini: