Baddrol tinggalkan Sabah FC

15 Jul 2023 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kapten badak Baddrol Bakhtiar secara rasmi meninggalkan pasukan itu yang diumumkan dalam satu kenyataan mengejutkan oleh Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) pada petang Jumaat.

Ia menyatakan bahawa bekas pemain antarabangsa itu akan meninggalkan posisinya sebagai kapten pasukan dan tidak akan lagi bersama kelab untuk baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Keputusan itu diambil atas persetujuan bersama antara pengurusan Sabah FC dan pemain itu tetapi belum ada ada sebarang kenyataan mengenai sebab sebenar pemergian secara mengejut itu.

Pihak pengurusan memberi penghormatan kepada pemain berusia 35 tahun itu atas komitmen, dedikasi, semangat dan motivasinya sehingga membawa Sabah FC ke saingan Piala AFC 2023.

SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more Mereka berkata beliau akan sentiasa diingati sebagai legenda dan tempatnya dalam sejarah kelab terjamin.

Mereka mendoakan semoga berjaya dalam perkhidmatannya pada masa akan datang dan mengalu-alukan beliau untuk kembali semula ke Sabah FC sebagai ahli keluarga.

Baddrol yang menghabiskan sebahagian besar karier kelabnya dengan Kedah Darul Aman bermula dari 2005 hingga akhir 2021, menyertai Badak secara percuma pada permulaan musim 2022.

Beliau kemudiannya diberikan lilitan kapten oleh Datuk Ong Kim Swee dan telah membuat 41 penampilan untuk pasukan itu dan menjaringkan 13 gol dengan lima gol dari musim ini.

Sementara itu, semua mata tertumpu kepada pasukan malam ini untuk melihat sama ada pemergian mengejut kapten mereka memberi impak kepada prestasi pemain menentang Sri Pahang C pada pusingan kedua pertembungan Liga Super di Stadium Likas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.