
Beregu campuran, Chan Peng Soon-Cheah Yee See, mengakui masih dalam membentuk keserasian dan gembira dengan peningkatan prestasi yang dipamerkan meskipun baru bergandingan dalam dua kejohanan setakat ini -- dalam Kejohanan Masters Indonesia serta Terbuka Indonesia awal bulan ini.

