Badminton: Tiket Masters Malaysia Dijual Mulai Isnin

7 Apr 2024 • 8:44 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Peminat badminton boleh membeli tiket secara dalam talian bermula jam 11 pagi Isnin untuk menyaksikan Kejohanan Masters Malaysia 2024 yang akan diadakan di Arena Axiata di Bukit Jalil dari 21-26 Mei ini

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggalakkan peminat membeli tiket mereka dengan memanfaatkan kempen tawaran awal (early bird) dari 8 hingga 22 April untuk mendapatkan tempat duduk mereka pada kadar diskaun.

BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.

"Perubahan ini bertujuan meningkatkan akses untuk peminat dengan kategori ‘Platinum' kini tersedia dengan tawaran awal," menurut BAM dalam kenyataan malam tadi.

Pembelian tiket dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari www.ticket2u.com.my. - BERNAMA