BAE Atlas CCV ialah Kereta Perisai Dengan Kemampuan Swapandu

TechnologyDigital
12 Sep 2024 • 10:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Medan perang masa depan akan dipenuhi oleh robot yang menggantikan anggota tentera manusia. Keberkesanan penggunaan dron di konflik Ukraine Rusia dan Nagorno-Karabakh telah memaksa pasukan tentera Amerika Syarikat, UK, China, dan Rusia untuk membangunkan pasukan dron serta swapandu mereka sendiri.

BAE Systems Australia telah memperlihatkan Autonomous Tactical Light Armour System (ATLAS) Collaborative Combat Variant (CCV) yang adalah sebuah kereta perisai 8×8 dengan kemampuan swapandu.

image is not available

Ia direka untuk beroperasi secara berkumpulan di medan perang dengan kemampuan melakukan misi risikan, bantuan kepada unit infantri, menjadi sistem penangkis UAV dan memusnahkan halangan. ATLAS CCV mempunyai turet yang pada ketika ini dilengkapi meriam 25mm Bushmaster II yang dikawal dari jarak jauh oleh pengendali manusia.

image is not available

Keputusan menembak masih di tangan manusia dengan ia tidak boleh menembak sendiri. Di lapangan, ATLAS CCV boleh diambil alih oleh operator manusia sekiranya diperlukan.

Pembangunan UGV, UAV, USV dan UUV akan memastikan anggota tentera boleh melakukan misi tanpa membahayakan nyawa sendiri. Tahun ini Australia telah melancarkan Ghost Shark, sebuah dron kapal selam yang juga berkemampuan swalayar dan sebelum itu menguji Ghost Bat, dron yang boleh berganding dengan pesawat tempur yang dikawal manusia.