‘Bagai Kena Bom’, Kondisi Jalan Di Taman Seri Borneo Sabah Ini Amat Membimbangkan

20 Oct 2022 • 3:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memang membimbangkan betul jalan ni.

‘Bagai Kena Bom’, Kondisi Jalan Di Taman Seri Borneo Sabah Ini Amat Membimbangkan. Info Lalu Lintas Sabah telah berkongsi satu gambar keadaan jalan di Taman Seri Borneo, Inanam yang amat teruk sehingga membuat netizen risau.

Jalan adalah untuk kegunaan semua dan jika jalan tersebut dalam keadaan yang teruk, ia boleh menjejaskan kereta pengguna jalan raya dan apa yang lebih teruk adalah ia boleh mengakibatkan kemalangan.

image is not available
‘Bagai Kena Bom’, Kondisi Jalan Di Taman Seri Borneo Sabah Ini Amat Membimbangkan. Sumber foto: FB Info Lalu Lintas Sabah

Jalan dipenuhi lubang besar

Kondisi Jalan Taman Seri Borneo jalan bypass untuk ke puspakom/ Metro Town Inanam ini dipenuhi lubang besar bagaikan kolam adalah amat membimbangkan dan perlu dibaiki dengan segera.

Dengan kondisi jalan seteruk ini, pelbagai kerosakan yang boleh berlaku kepada kenderaan pengguna jalan berkenaan.

image is not available
Tangkap layar dari ruangan komen

Netizen menyuarakan kebimbangan dengan jalan

Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya menyuarakan kebimbangan mereka mengenai jalan yang amat dahsyat kerosakannya itu.

Diharap agar pihak berwajib boleh mengambil tindakan sewajarnya dan membantu rakyat dalam menangani isu jalan yang rosak teruk seperti ini.

Lagi isu jalan teruk dan membimbangkan di sini untuk anda: