Bagaikan Babak Di Dalam Drama, Video Lamaran Nam Goong Min Dan Jin Areum Tular Di Majlis Perkahwinan 

Entertainment
20 Oct 2022 • 8:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nam Goong Min dan isteri Jin Areum. - Gambar Instagram Jin Areum

Sudah lebih seminggu, aktor Korea, Nam Goong Min mengahwini model dan pelakon Jin Areum, namun hingga kini majlis perkahwinan mereka masih diperkata gara-gara video lamaran yang tular. 

image is not available
Gambar Instagram Jin Areum

Dalam majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada 10 Oktober lalu, video lamaran Nam Goong Min terhadap Jin Areum telah ditayangkan di majlis perkahwinan mereka dan ia telah menjadi tular di media sosial. 

Menurut laporan koreaboo.com, di dalam klip video itu, Nam Goong Min dan Jin Areum yang ketika itu masih bertunang dilihat sedang menikmati hidangan masing-masing di sebuah restoran. 

Kemudian, Nam Goong Min meminta Jin Aream melakukan sesuatu untuknya. 

“Ada sesuatu yang saya ingin minta kamu bantu saya,” kata Nam Goong Min. 

“Apakah dia?,”  soal Jin Areum 

“Jika saya beritahu, bolehkah kamu membantu saya,” soal Nam Goong Min pula. 

“Ya,” jawab Jin Areum. 

image is not available
Gambar Instagram Jin Areum

Lantas Nam Goong Min terus bangun dari tempat duduknya dan kemudian berlutut sambil mengeluarkan sebuah kotak kecil. 

“Sudikah kamu mengahwini saya,” soal Nam Goong Min. 

Jin Areum yang kelihatan terkejut dengan soalan yang dikemukakan Nam Goong Min secara tiba-tiba it uterus menangis (dan sudah tentu Jin Areum menyetujuinya). 

Netizen yang melihat video lamaran itu menganggap bahawa ia seolah-olah seperti sebuah babak di dalam drama. 

Rata-rata mereka memberitahu bahawa video lamaran itu sungguh mengharukan sehingga membuatkan mereka mengalirkan air mata. - 20 Oktober 2022 

Sumber: koreaboo.com (Artikel)