Bagaikan Jackpot, Nelayan Bertuah Ini Peroleh Ikan Empurau 16.5 Kg Di Sarawak

9 Nov 2022 • 2:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Boleh makan besar ni nanti!

Bagaikan Jackpot, Nelayan Bertuah Ini Peroleh Ikan Empurau 16.5 Kg Di Sarawak. Siapa saja yang tidak mengetahui ikan kayangan termahal di Malaysia yang harganya boleh mencecah gaji sebulan ini.

Ikan empurau atau nama saintifiknya Tor tambroides, merupakan sejenis spesis ikan bersisik tebal yang hanya boleh didapati di kawasan sungai bersih dan memakan buah-buahan liar yang jatuh ke sungai.

image is not available
Bagaikan Jackpot, Nelayan Bertuah Ini Peroleh Ikan Empurau 16.5 Kg Di Sarawak. Kredit gambar: The Borneo Post

Berjaya memperoleh ikan Empurau dengan berat 16.5 Kg

Dilaporkan seorang nelayan bertuah dari Sarawak ini telah berjaya memperoleh ikan Empurau dengan berat mencecah 16.5 Kg pada Sabtu lalu.

Menurut Firstelly Anthony, dia menjaring ikan tersebut bersama abangnya di Sungai Katibas. Ikan tersebut kemudiannya dijual kepada pembeli di bazar Song namun harga jualannya tidak didedahkan.

Spesis ikan Empurau ini amat sukar ditemui kerana ia hanya hidup di kawasan sungai dengan aliran air yang deras.

image is not available
Kredit foto: SAYS

image is not available
Kredit gambar: Borneo Media Solutions

Rasa enak penuh lemak

Rahsia bagi keenakan isi ikan Empurau ini pula adalah diet pemakanannya di mana makanan ruji ikan ini adalah buah engkabang jantung. Tak hairanlah rasa ikan ini penuh dengan lemak!

Di Sarawak ikan Empurau menjadi santapan istimewa harga kayangan namun di Sumatera Indonesia, ikan ini dianggap suci dan tidak boleh dimakan.

Ketahui lebih lanjut lagi mengenai ikan Empurau di sini:

View Original Article