Bagaimana bahasa Ibrani dihidupkan semula

23 Sep 2023 • 3:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SATU sejarah perkembangan bahasa di zaman moden yang amat membangggakan ialah hebatnya bagaimana bahasa Ibrani (Hebrew), yakni bahasa orang Yahudi, telah dihidukan semula.

Kebangkitan semula bahasa Ibrani secaraamnya dianggap sebagai salah satu fenomena sosiolinguistik yang luarbiasa pada zaman moden.

Orang yang paling rapat dengan kebangkitan dan orang yang paling diberi pujian untuk kejayaannya ialah Eliezer Ben Yehuda, kerana dia adalah orang pertama yang menyata dan melaksanakan impian zaman-berzaman untuk menjadikan bahasa Ibrani mendapat tempat yang sepatutnya setanding bahasa moden yang lain.

Proses kebangkitan bahasa Ibrani bermula pada 13 Oktober 1881, apabila Eliezer Ben-Yehuda dan rakan-rakannya bersetuju untuk bercakap hanya dalam bahasa Ibrani dalam perbualan mereka.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Hadilnya, bahasa itu, yang tidak dituturkan sebagai bahasa ibunda sejak abad kedua Tahun Masehi, sekali lagi menjadi bahasa kebangsaan Israel.

Kira-kira tiga ribu tahun sebelum itu, apabila orang Yahudi mula-mula tiba di Israel bersama Yosua, bahasa Ibrani adalah ditubuhkan sebagai bahasa kebangsaan dan bertahan selama lebih daripada satu milenium, sehingga perang Bar Kohba pada TM 135. Sejak itu, bahasa Ibrani digunakan secara eksklusif untuk kesusasteraan dan upacara sembahyang, sehingga akhir abad ke-19.

Dilahirkan pada tahun 1858, Ben-Yehuda dibesarkan di Belarus, dahulunya sebahagian daripada Empayar Rusia, di mana dia mula mempelajari Alkitab. Pada usia tiga tahun, dia mula belajar bahasa Ibrani kuno.

Pada masa dia berumur dua belas tahun, Ben-Yehuda sudah biasa dengan sebahagian besar Taurat, Mishna dan Talmud.

Kerana berharap dia akan menjadi seorang rabbi, ibu bapanya menghantarnya ke Yeshiva di mana dia terus belajar Kitab Taurat dan Ibrani kuno.

Dari tahun 1881, Ben Yehuda tinggal di Jerusalem, dan bermula dengan keluarganya sendiri, meneruskan matlamatnya untuk menyesuaikan bahasa Ibrani kepada bahasa yang sesuai untuk kegunaan harian.

Dengan sokongan penuh semangat daripada penyokong perjuangan nasionalis seperti Y.M. Pines dan D. Yellin, dia bergelut untuk memberi kehidupan baharu kepada bahasa itu.

Salah satu usaha terbesar beliau adalah untuk membangunkan perbendaharaan kata yang sesuai, di mana Ben Yehuda menggabungkan bahan-bahan dari kesusasteraan kuno dan zaman pertengahan.

Sebagai seorang ahli linguistik, Ben-Yehuda menegaskan bahawa Ibrani moden harus mencipta perkataan-perkataan baru, iaitu proses neologisme, berdasarkan bahasa Ibrani kuno, Aram dan, jika perlu, bahasa Arab. Dalam erti kata lain, dia mencadangkan bahawa ia harus berpegang pada struktur Semitik yang ketat.

Walaupun orang Yahudi yang telah bertapak di Palestin sebelum itu menggunakan bahasa Ibrani sebagai lingua franca, ia tidak digunakan secara lebih umum, dan pelbagai komuniti pendatang terus bercakap bahasa ibunda mereka.

Antara faktor yang membantu mengubah impian Ben Yehuda menjadi kenyataan ialah kekurangan bahasa kebangsaan di rantau itu. Juga keinginan di pihak gelombang pendatang berturut-turut dari tengah dan timur Eropah untuk memperbaharui budaya Yahudi, dan kenangan berabad-abad keagungan kuno, yang pernah dialami oleh orang Yahudi di tempat yang mereka tinggal hari ini.

Pada tahun-tahun berikutnya, dia belajar bahasa Perancis, Jerman, dan Rusia dan pergi ke Dunaburg, Latvia, untuk melanjutkan pelajaran. Dengan kebangkitan nasionalisme Yahudi di Eropah abad ke-19, Ben-Yehuda terpikat dengan idea-idea inovatif Zionisme.

Semasa membaca akhbar bahasa Ibrani HaShahar, dia berkenalan dengan Zionisme dan membuat kesimpulan bahawa menghidupkan semula bahasa Ibrani di Tanah Israel akan menyatukan semua orang Yahudi di seluruh dunia. Maka, pada tahun 1881, Ben-Yehuda datang untuk tinggal di Yerusalem.

Pada masa itu, dipercayai bahawa salah satu kriteria yang diperlukan untuk menentukan negara yang layak mendapat hak kebangsaan ialah mesti ada penggunaan bahasa yang sama yang dituturkan oleh seluruh masyarakat dan individu.

Malah, Ben-Yehuda menganggap Ibrani dan Zionisme sebagai satu dan sama.

Dia menulis bahawa, “Bahasa Ibrani boleh hidup hanya jika kita menghidupkan semula bangsa dan mengembalikannya ke tanah Israel.” Menurut penyelidik, nampaknya dalam lima puluh tahun sebelum permulaan proses kebangkitan, versi bahasa Ibrani yang dituturkan adlah bahasa pasar di Yerusalem.

Orang Yahudi Sephardic yang bercakap Ladino atau Arab dan Yahudi Ashkenazi yang bercakap Yiddish memerlukan bahasa yang sama untuk tujuan komersial, dan pilihan yang paling jelas ialah Ibrani.

Sebagai sebahagian daripada visinya untuk menghidupkan semula bahasa Ibrani, Ben-Yehuda membesarkan anaknya, Ben-Zion Ben-Yehuda bercakap sepenuhnya dalam bahasa Ibrani. Dia enggan membiarkan anaknya didedahkan dengan bahasa lain semasa kecil. Dikatakan dia pernah memarahi isterinya kerana menyanyikan lagu menidurkan anak dalam Bahasa Rusia kepada kanak-kanak itu. Hasilnya, anaknya Ben-Zion menjadi penutur asli pertama Bahasa Ibrani Moden.

Ben-Yehuda adalah tokoh utama dalam penubuhan Jawatankuasa Bahasa Ibrani kemudiannya Akademi Bahasa Ibrani, sebuah organisasi yang masih wujud sehingga kini. Dia menulis kamus Ibrani Moden yang pertama dan dikenali sebagai “penyembuh” bahasa Ibrani.

Kebangkitan bahasa Ibrani telah dicapai melalui langkah-langkah organisasi penting berikut:

1. Penubuhan rumahtangga pertama berbahasa Ibrani di rumahnya sendiri.

2. Panggilan kepada Diaspora Yahudi dan penduduk tempatan untuk mendapatkan bantuan dan nasihat.

3. Penciptaan masyarakat berbahasa Ibrani.

4. Penubuhan bahasa Ibrani melalui kelas Ibrani di sekolah-sekolah.

5. Penerbitan akhbar Ibrani moden.

6. Penyusunan kamus bahasa Ibrani, kuno dan moden.

7. Pembentukan Dewan Bahasa Ibrani.

Sekolah Ibrani pertama telah ditubuhkan dalam komuniti ini di mana Bahasa Ibrani semakin menjadi bahasa pertuturan dalam urusan harian, dan akhirnya menjadi bahasa nasional yang sistematik. Namun kemasyhuran Ben Yehuda berpunca daripada permulaannya dan kepimpinan simbolik kebangkitan Ibrani.

Akhirnya, proses kembalinya bahasa Ibrani kepada penggunaan biasa adalah unik; there are no other examples of a sacred language becoming a national language with millions of first language speakers. (Tidak ada lagi contoh lain bagi satu Bahasa kudus menjadi Bahasa kebangsaan dengan berjuta-juta penuturnya sebagai Bahasa pertama).

Pada tahun 1922, Ben-Yehuda meninggal dunia akibat batuk kering pada usia 64 tahun. Rumah yang dibinanya di kawasan kejiranan Talpiot di Jerusalem kemudian dipindahkan ke perbandaran tempatan dan kini menjadi pusat persidangan dan rumah tamu yang dikendalikan oleh organisasi Jerman Action Reconciliation Service for Peace, yang menganjurkan bengkel, seminar dan program bahasa Ibrani.

Tidak dapat dinafikan nama Ben-Yehuda sudah terpahat dalam sejarah sebagai pejuang yang tiada persamaannya. Rakyat Israel hari ini selamanya tetap akan terhutang budi kepadanya.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan Harian Ekspres.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article